Tuesday, September 27, 2011

Bahagian Pendidikan Guru ialah bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengendalikan program pendidikan perguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Program pendidik keguruan berhasrat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi. Penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan kepada tiga fungsi. BPG merupakan satu bahagian dalam fungsi Pembangunan Profesionalisme Keguruan,, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian ini bertanggungjawab merancang dan memantau Pengurusan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG. Pejabat Bahagian Pendidikan Guru beralamat di Aras 2-6, Blok E13, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA.

http://apps1.moe.gov.my/bpg/

No comments:

Post a Comment